Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sumber pihak berkuasa Rusia yang dipetik oleh Ria Novosti, Menteri Ekonomi dan Pembangunan Rusia, Alexei Ulyukaev telah ditahan atas pertuduhan menerima rasuah. Menteri itu kini disiasat oleh Suruhanjaya Penyiasatan Rusia.
"Siasatan sedang dibuat ke atas beliau. Beliau kini berada di pejabat Suruhanjaya Penyiasatan Rusia," kata sumber itu pada hari Selasa.
Ulyukaev disiasat kerana disyaki menerima rasuah sebanyak USD 2 juta daripada syarikat Rosneft. Menteri itu kemudiannya dikatakan telah memberi penilaian positif kepada syarikat tersebut untuk membolehkannya membeli saham milik negara di syarikat petroleum Bashnet.
15 November 2016 - 08:28
News ID: 792058
Menurut sumber pihak berkuasa Rusia yang dipetik oleh Ria Novosti, Menteri Ekonomi dan Pembangunan Rusia, Alexei Ulyukayev telah ditahan atas pertuduhan menerima rasuah. Menteri itu kini disiasat oleh Suruhanjaya Penyiasatan Rusia.